Oleh: Fauzan Sholeh
Gambar Oleh: Syukri
IM-Sintok – Sempena bulan suci ramadhan 1443 H, Inapan Siswa (Inasis) Proton dan Tradewinds (Prowins) Universiti Utara Malaysia (UUM) menganjurkan program Ahlan Wasahlan Yaa Ramadhan yang disertai oleh 300 pelajar baru-baru ini.
Penghulu program Ahmad Sa’adi Mulhim Mohd Shameezan, 21, pelajar semester 2 daripada Islamic Business School (IBS) mengatakan bahawa tujuan program ini adalah untuk memberikan bekal kerohanian dan meningkatkan amalan di bulan suci ramadhan.
Katanya, kerana pandemik koronavirus (Covid-19) masih berlaku mengakibatkan penganjuran secara bersemuka dalam aktiviti ini tidak dapat dijalankan, namun masih terdapat ruang untuk mereka menggunakan platform Facebook Live Inasis Prowins bagi menjalankannya.
Siti Aishah Mohd Noor 21, pelajar semester 2 daripada College of Law, Government, and International Studies (COLGIS) Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian yang terlibat dalam program ini mengatakan, Bagi program petang ini, dapat mendedahkan kepada kita semua bahawa bulan Ramadhan sudah pun hampir tiba, program ini dapat kita bersama-sama mentarbiahkan diri agar kita dapat memanfaatkan bulan yang penuh dengan barakah ini agar kita lebih beristiqamah dalam melakukan perintah Allah SWT.
“Kita harus sedar bahawa jangan sesekali hanya menjadi hamba di bulan ramadhan ini sahaja, malah kita tetap dan terus istiqamah dalam melakukan kebaikan di bulan-bulan yang lain,” katanya.
“Di samping itu juga kita haruslah bersama-sama melakukan perubahan diri daripada sekarang dan pada masa yang sama letak target apa di capai di bulan Ramadhan,” tambahnya.
Sementara itu, penceramah jemputan daripada Universitas Muhammadiyah Prof. Dr. Hamka Jakarta, Ustaz Amiruddin Ahmad Malindo dalam tazkirahnya menyampaikan bahawa ibadah puasa untuk melatih ketaatan dan kesadaran dalam beragama.
Katanya, puasa merupakan jemputan bagi orang-orang yang beriman dan merupakan media yang ampuh untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan.
“Puasa juga menjadi sarana latihan rohani untuk mengekang hawa nafsu,” katanya.
Adapun tujuan disyariatkannya puasa di antaranya, adalah, meningkatkan ketaqwaan, cinta tanah air, dan akhlaqul karimah.
Menurut beliau, “nilai-nilai pendidikan dalam ibadah puasa, di antaranya iaitu: (1) jujur, (2) kerja keras, (3) disiplin, dan (4) melatih kesabaran”.
Di akhir tazkirahnya beliau menyampaikan, segerakan berbuka puasa dan bersahurlah, kerana dalam sahur itu terdapat keberkahan.
Dalam pada itu, beberapa peserta yang dihubungi berpuas hati kerana dapat berkongsi ilmu dan pengetahuan dalam program Ahlan Wasahlan Yaa Ramadhan ini.
Norafikah Amiruddin 21, pelajar semester 1 daripada School of Economic, Finance and Banking (SEFB) mengatakan, Alhamdulillah, program ini dapat memberikan tambahan pengetahuan tentang kebaikan di bulan ramadhan kepada saya.
“program ini sangat membangunkan saya, daripada yang saya dengar tadi, dapat mempersiapkan diri sebelum ramadhan tiba, ia juga dapat meningkatkan semangat untuk menjalani ibadah puasa,” katanya.
Turut hadir Pengetua Prowins, dan Penolong-penolong Pengetua.(IM03)







